Wednesday, 12 January 2011

1.1.2011 KEHILANGAN SEORANG SEPUPU

Tetap jam 11.30 malam aku menerima satu panggilan telefon dari abang ngah memaklumkan bahawa sepupu yang terlantar sakit hampir 6 tahun disebabkan kemalangan jalanraya telah meninggal dunia dirumahnya pada jam 10.30 malam, 1.1.2011 (sabtu).. Arwah merupakan sepupu yang paling rapat dengan aku sewaktu aku kecil dulu, aku rasa terkilan kerana hampir setahun aku tidak dapat menziarahinya semasa balik dikampung pada hari raya aidiladha yang lalu.. Pada malam tu jugak aku bertolak balik kekampung, alhamdulillah aku selamat sampai pada pukul 10.00 pagi dan sempat melihat wajahnya buat kali yang terakhir.. Jenazah allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dewan Besar bersebelahan dengan kubur arwah ayah, ibu dan anak sulongnya.. Semoga Allah tempatkan mereka dikalangan orang2 yang beriman dan diberkatiNya... Amin

Al-fatihah buat arwah dan saudara2 yang telah pergi menghadap Illahi...

No comments:

Post a Comment