Thursday 30 November 2017

Malam 12 Rabiulawal 1431H yang lalu

12 Rabiulawal 1431H - 12 Rabiulawal 1438H (7 tahun lalu)... Al fatihah buat ayahanda yang telah menghadap ILLAHI. Terasa rindu seperti baru je ayah meninggalkan kami. Semoga arwah ayahanda sentiasa dalam rahmat ALLAH dan perlindungan NYA. 

Ya ALLAH ampunilah dosa-dosanya, luaskanlah dan terangilah kuburnya dengan rahmat MU. Jahuilah dia dari azad kubur dan api neraka MU. Masukkanlah dia ke syurga MU.

Ampunilah kami... Ya ALLAH

Amin Ya Rabala'lamin.





Sunday 24 November 2013

Keturunan Arwah Haji Ali Labok

Gambar Atas : Anak-anak arwah Haji Ali Labok
Gambar Tengah :Generasi ke 2, 3, 4, 5 dan seterusnya...
Gambar Bawah : Anak Menantu, Cucu Cicit arwah Haji Idris

Sunday 20 May 2012

HARI LAHIRKU - 18 MEI

18 MEI 2012 - 33 tahun yang lalu aku dilahirkan di sebuah kampung (Dewan Kecil), negeri Klate tanah tumpahnya darahku... kini sudah 10 tahun aku diperantauan menjalankan amanah dinegeri orang...

Tahun ni agak suram kerana hari lahirku tanpa anak-anak disisiku... tidak meriah seperti tahun-tahun yang lalu dimana hari lahirku dengan telatah anak-anak yang seronok menyambutnya, keluar makan bersama dan meraikannya... walau bagaimana pun, akan ku sambut bersama anak-anak bila pulang nanti... biar lewat dari harinya asalkan dapat meraikannya bersama-sama.. Hadiah yang istimewa yang ku tunggu adalah kelahiran anakku yang ke-3 dijangka pada bulan JUN nanti....

Hadiah pertama : Klate (The Red Warriors) menang Piala FA 2012 - 19 MEI
Hadiah kedua : hadiah istimewa - anak ke3 (jangka bln JUN)

Semoga Allah merahmati hidupku, memberkati pekerjaanku, memberikan rezeki yang halal kepadaku, melindungi keluargaku dari azab seksaNYA dan mengampuni segala dosa-dosaku, ibubapaku, datuknenekku, seluruh keluargaku dan muslimin-muslimat yang masih hidup ataupun yang telah kembali kepadaNYA... 

Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Saturday 12 May 2012

Ulangtahun Majlis Tahlil ke204 Arwah Haji Ab Kadir bin Haji Nuruddin

Meninggal dunia pada tahun 1808 Masihi... Anak kelahiran Kampong Labok Machang Kelantan... tahun 2012 merupakan 204 tahun pemergian arwah menghadap Illahi dan meninggalkan keturunannya diseluruh pelusuk negeri... 

AL-FATIHAH...

Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalangan orasng-orang yang soleh dan para-para Nabi..

Amin.

Hari Ulang Tahun Majlis Tahlil ke2 Arwah Ayahanda

Malam pada tanggal 12 Rabiulawal 1433H bersamaan 5 Febuari 2012M satu majlis Tahlil Arwah diadakan di (rumah anak arwah) Villa 680 Jalan Dewan Kampung Dewan Kecil Labok Machang Kelantan... Majlis diadakan pada hari itu juga 3 dalam satu (Tahlil, Kesyukuran dan Maulidulrasul)...

Villa D'Amor AFAMOSA MELAKA

Jalan-jalan MELAKA