Sunday, 28 February 2010

KEMBALINYA KERAHMATULLAH AYAHANDA TERCINTA

Pada malam Jumaat bersamaan 12 Rabiulawal 1431H, ayahandaku telah pergi menghadap Illahi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Disaat-saat akhir allahyarham menghembuskan nafasnya, berada disisinya bondaku, abang Amin, kakak Syikin, abang Mat (anak saudara arwah), pak Soh (Iman surau) dan adik bongsu arwah. Arwah meninggalkan seorang isteri, 6 orang anak, 20 cucu dan 7 cicit. Disemandikan ditanah perkuburan Islam Kampung Dewan Kecil Labok Machang pada pukul 11.30 pagi, hari Jumaat 26 Febuari 2010.

AL-FATIHAH...

Saturday, 20 February 2010

BALIK KAMPUNG SEMPENA TAHUN BARU CINA

Pada pagi ahad, 14.02.2010 sesudah subuh aku bertolak dari Bangi ke Kelantan. Perjalanan yang lancar tidak banyak kereta yang berada di lebuh raya, semuanya dah balik awal ler dikatakan... aku je balik lewat saja tak nak bersesak-sesak di jalan. Aku berhenti sarapan di Raub Pahang, pekena nasi kerabu ikan goreng dan sate. Sampai di Gua Musang aku singgah rumah abang ngah makan tengahari dan lepas 2 aku meneruskan perjalanan ke Machang, rumah ibubapa ku. Aku sampai dalam pukul 4 petang, cuaca panas sangat kat kampung... Apa lagi aku mandi ler kt kolam hehehe....


 

Hari rabu aku balik rumah bapa mertua kat Rantau Panjang, ambil buah kelapa muda kat depan rumah best... tapi sakit abih satu badan sebab jolok buah kelapa pakai buluh. 20 biji jugak aku jolok sampai perut aku dah tak boleh masuk apa-apa lagi minum air kelapa muda banyak sangat.



Wednesday, 17 February 2010

KELUARGA ABANG YIE

Inilah keluarga abang yie, abang kedua kepada isteriku. Mempunyai anak kembar Batrisya dan Basirah, anak ketiga bernama Qasih.

Tuesday, 2 February 2010

HARI ULANGTAHUN KAKAK SULONG KU

Hari ini 02.02.2010 (Selasa) merupakan hari ulangtahun kelahiran kakak sulong ku yang ke ??. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Illahi.