Monday, 19 April 2010

Hari Ulangtahun Kelahiran Nurin Nisrin 19 April 2010

Tanggal 19 April 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran anak saudaraku Nurin Nisrin yang ke 5... Happy Birthday to you, moga panjang umur, murah rezeki dan diberkati Illahi.

bersama keknya

bersama abang dan adiknya

Saturday, 17 April 2010

Balik Kg sempena majlis tahlil

Suasana semasa majlis kesyukuran yang berlangsung pada 8 April 2010


Tetamu Perempuan

Tetamu lelaki




Selesai majlis kami bertolak balik ke Rantau Panjang...




apa lagi petik kelapa ler


Thursday, 25 March 2010

Majlis Tahlil buat arwah Ayahanda

Majlis Tahlil untuk arwah Ayahanda akan diadakan pada 08.04.2010 hari khamis malam jumaat pada jam 8.30mlm. Majlis ini disertakan dengan perjumpaan keluarga keturunan Allahyarham Haji Ab. Kadir Labok. Majlis ini akan dihadiri oleh semua keluarga keturunan tersebut.

Dirumah inilah majlis tahlil dan perjumpaan keluarga keturunan Allahyarham Haji Ab. Kadir akan diadakan.


Antara gambar suasana majlis pada 8 April 2010...









Thursday, 11 March 2010

SPM 2010 : 11 Mac

Nilah anak saudaraku yang telah mengambil keputusan SPM -nya tengahari tadi. Namanya Farah Wahida, memperolehi keputusan 6A dan dia tertinggi didalam kelasnya. Tengok pada gaya memang macam budak nakal dan paling nakal dalam keluarganya.... hehehe.
Walau macamane pun aku tetap bangga dengan anak buahku semuanya bijak-bijak dan cerdik pandai belaka. TAHNIAH dari Pa' Su diatas kejayaan ida dalam SPM tahun ni.


Ini pulak anak saudaraku juga, namanya Mohd Faris. Beliau jugak telah mendapat keputusan SPM pada tahun ni, tapi cuma mendapat 3A sahaja. Walauapa pun tahniah diatas kejayaannyn.

Sunday, 28 February 2010

KEMBALINYA KERAHMATULLAH AYAHANDA TERCINTA

Pada malam Jumaat bersamaan 12 Rabiulawal 1431H, ayahandaku telah pergi menghadap Illahi. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Disaat-saat akhir allahyarham menghembuskan nafasnya, berada disisinya bondaku, abang Amin, kakak Syikin, abang Mat (anak saudara arwah), pak Soh (Iman surau) dan adik bongsu arwah. Arwah meninggalkan seorang isteri, 6 orang anak, 20 cucu dan 7 cicit. Disemandikan ditanah perkuburan Islam Kampung Dewan Kecil Labok Machang pada pukul 11.30 pagi, hari Jumaat 26 Febuari 2010.

AL-FATIHAH...

Saturday, 20 February 2010

BALIK KAMPUNG SEMPENA TAHUN BARU CINA

Pada pagi ahad, 14.02.2010 sesudah subuh aku bertolak dari Bangi ke Kelantan. Perjalanan yang lancar tidak banyak kereta yang berada di lebuh raya, semuanya dah balik awal ler dikatakan... aku je balik lewat saja tak nak bersesak-sesak di jalan. Aku berhenti sarapan di Raub Pahang, pekena nasi kerabu ikan goreng dan sate. Sampai di Gua Musang aku singgah rumah abang ngah makan tengahari dan lepas 2 aku meneruskan perjalanan ke Machang, rumah ibubapa ku. Aku sampai dalam pukul 4 petang, cuaca panas sangat kat kampung... Apa lagi aku mandi ler kt kolam hehehe....


 

Hari rabu aku balik rumah bapa mertua kat Rantau Panjang, ambil buah kelapa muda kat depan rumah best... tapi sakit abih satu badan sebab jolok buah kelapa pakai buluh. 20 biji jugak aku jolok sampai perut aku dah tak boleh masuk apa-apa lagi minum air kelapa muda banyak sangat.



Wednesday, 17 February 2010

KELUARGA ABANG YIE

Inilah keluarga abang yie, abang kedua kepada isteriku. Mempunyai anak kembar Batrisya dan Basirah, anak ketiga bernama Qasih.

Tuesday, 2 February 2010

HARI ULANGTAHUN KAKAK SULONG KU

Hari ini 02.02.2010 (Selasa) merupakan hari ulangtahun kelahiran kakak sulong ku yang ke ??. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh Illahi.

Sunday, 31 January 2010

HARI ULANGTAHUN AYAHANDA KE 82

Hari ini (Jumaat) 29 Januari 2010M bersamaan 13 Safar 1431H, genap ler ulangtahun kelahiran ayahandaku yang ke 82 semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki...

Friday, 29 January 2010

PUTRAJAYA

 PEMANDANGAN SEKITAR PUTRAJAYA